Wednesday, 6 November 2013

.: Update :.

hye (ditujukan utk Lia), who always try to find something that make me embarrassed ! come on girl..we doing this for fun rite. so, now i am little bit busy regarding my new project. OUR project which is i am very sure Lia dont put much interest but who cares. saya tetap akan memakse. may Allah ease our way and help us in so many ways so that the word "GIVE UP" will not appear in our heart and mind. till we meet again, assalamualaikum.. =)

Sunday, 3 March 2013

.: Manusia :.

Manusia...
Tak abes2 menuding jari.....isu lahad datu mcm2 spekulasi.....
Yang situ tuduh yang sini....
Yang sini tuduh yang situ....
Sampai bila2 tak abes kalau masing2 tamaw angkat kaki...

Politik jangan dicampurkan....
Nanti rakyat jadi bosann....
Pengikut kerajaan dengan penuh sokongan.....
"Konfrontasi" dituduh oleh pembangkang.....
Bukan masa tuduh sana tuduh sinii.....

Tapiiii....

Masa ni la kita bersatuuu....
Rakyat bersatu, berpadu negara maju....
Tinggalkan fahaman politik dibelakang.....
Keselamatan rakyat diutamakann....
Kita satu bangsa...kita satu negara....
Sape susah sama2 kita bantuu...
Rakyat palestin jauh beribu batu kita boley bantu...
Sama2 kita susah, duduk diam macam batu...

Sekarang......
Waktu kita bangkit....
Yang berbalah marilah berbaik...lupakan PRU...
Kita tolong orang kita dulu...kita setel satu persatu....

Manusia....

Thursday, 28 February 2013

.: Redha :.

aku sakit, aku redha....
jika kesakitan ini menginsafkan aku..
jika kesakitan ini mendekatkan aku kepadaNya.......

tidak pernah aku mengeluh.......
menyalahkan sesiapa dengan "hadiah" ini..
aku sakit, aku redha..........

walau org mencaci, walau org bercerita....
menganggap ini kifarah padaku..walhal diri kau juga sama...
bercakap perihal aku umpama memakan daging saudara kau sendiri.....
yang bercakap keluarga saudara mara aku juga....
hanya doa aku hadiahkan untuk menginsafkan kalian..tetapi.....
aku sakit, aku redha...

fitrah manusia tak boleh dipaksa untuk tutup mulut mereka.......
ingat pesan Nabi kita, senjata mukmin ialah doa....
Allah mendengar keluhan aku dikala aku pernah terlupa kepadaNya.........
aku redha !

Tuesday, 26 February 2013

.: 127 hari :.

waaahhhh, lamanya tidak update..sebenarnye, blog ni maw jadi cam diary je..just to share with myself..nanti bile bosan boley paca post2 lama yang gedik2.. :p

hari ni, 27/2/2013 maknanya suda 127 hari myHikmi jauh dari saya ! sedih sungguh..rindu sume ade..and many things happen to us dalam 127 hari itu..too many challenges that we need to face..myHikmi dengan cabara dia di tengah laut..i pulak dengan dugaan di Malaysia negaraku yg tercinta ini..macam macam hal la..

Allah memberi dugaan kepada kita setakat yang kita mampu..jadi i yakin yg Allah tahu i mampu untuk berhadapan dengan sume dugaanNya..aku redha Ya Allah..

bila Allah menduga kita, kita kena la sabar..jangan cepat putus asa (ini myHikmi gtaw i and i really lucky to have you in my life)..lagi banyak dugaan kita, lagi lah kita kena sentiasa dekat dengan Maha Pencipta..setiap dugaan yang diberikan akan menaikkan lagi taraf iman kita..so, kita kena la bersyukur sebab bila Allah menduga kita, maknanya Allah sayangkan kita..bertuah an kita yang sentiasa di duga ni ! :)

orang sekeliling yang tak faham tentang apa yg kita lalui akan sentiasa memandang rendah dan bersangka buruk pada kita..macam macam dorang cakap kat kita..kepada yang percaya dan sentiasa mendoakan yang baek untuk i, terima kaseh diucapkan..hanya Allah yang mampu balas kebaikan korang..kepada yang bersangka buruk dan sentiasa mencari 1001 sebab untuk melemahkan semangat i, alhamdulillah saya ucapkan..hanya Allah yang tahu apa yang terbaek buat kalian..

i share ngan korang tentang firman Allah dalam dugaan hidup kita:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. 
(Surah Al-Baqarah Ayat 286)

so, kepada sesiapa yang banyak di duga, bersabar lahh..hanya pada Allah tempat kita mengadu..kerana Dia yang serba tahu..in shaa Allah ade hikmah di sebalik setiap dugaan..

pada i dan myHikmi, semoga niat suci dan murni kita (kawen ler tu..hihi) sentiasa diredhai 

Thursday, 12 April 2012

.: LELAKI: DULU dan KINI :.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

Wednesday, 7 March 2012

.: WANITA dan PEREMPUAN :.

assalamualaikum..


saya seorang perempuan..jadi saya maw share perihal perempuan dengan anda semua.. =)
sumber dari KOLEKSI CERAMAH USTAZ DON DANIYAL...
  •  Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya ~>
  •  Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua ~>
  • Dalam benci seorang wanita pasti ada kasih sayang jua ~>
  • Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya ~>
  • Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu ~>
  • Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta ~>
  • Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya ~>
jadi, jejaka di luar sana..kalau maw taw perempuan itu camne, camni lah..assalamualaikum..

.: Anak Soleh Jalan Ke Syurga :.

Untuk dikongsi bersama..sumber dari I LUV ISLAM 
Pada setiap pagi Jumaat, sebelum menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di sebuah kota dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu pagi Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa menghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun dengan lebatnya.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya sudah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa wahai anakku?".
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi dulu wahai ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah"sambil memeluk dan mencium pipi ayahnya.
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan waktu itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya itu.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun dia gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah tersebut. Apabila sampai sahaja di rumah itu, lantas memberi salam dan ditekannya loceng rumah tersebut. Dia tunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu lalu memberi salam, namun sekali lagi tiada jawapan. Bagai ada sesuatu yang memegang tubuhnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang lelaki dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih.
"Nak, apa yang pakcik boleh bantu?"
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan pakcik adalah orang yang paling bertuah".
Dia senyum dan tunduk wajahnya sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu wahai anak" dalam nada yang lembut.
Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu."
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah lelaki separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ilmu ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan semua, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Isteri saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini."
Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila sampai masa saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi terdengar panggilan salam yang amat merdu dari suara anak kecil. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi beserta dengan salam. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".
"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada sesiapa pun yang menekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"
"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak kecil yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".
"Pakcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan pakcik dan sentiasa memelihara pakcik" itulah kata-kata yang paling indah yang pernah saya dengar".
"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan yang amat lebat. Saya kemudian menutup pintu dan terus membaca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asalnya. Saya tak perlukan itu lagi".
"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang muslim yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang taat pada yang satu DIA adalah ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan tersesat berada selama-lamanya di dalam neraka"
Tiada satu pun anak mata di masjid waktu itu dalam keadaan kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini adalah Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.
Jadi, kesimpulannya beruntunglah ibubapa kita jika kita adalah anak yang soleh dan solehah..
Kita semua taw yang amal yang boley membawa kita ke syurga adalah :
  • sedekah yang ikhlas
  • ilmu yang dimanfaatkan
dan yang paling utama sekali adalah ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH YANG MENDOAKAN KEDUA IBUBAPANYA !
marilah kita merebut peluang ini sebagai jalan kita untuk ke SYURGA ! insyaAllah...